lama x menulis. entahlah. kengkadang tu mmg malas. tp aku ni bukan kdg2 je, mmg selalu malas. smlm aiman tanya, dah lama ke x menulis blog? sopi pun ada gak tanya. ok. hr ni aku citer skit. pasal pengalaman hidup. bukan hidup aku. hidup kawan aku. kisah ni utk pengajaran. utk aku ngan sopi jgk.
sblm buat phd, mcm2 cerita aku dgr, kebykknnya menakutkn. salah 1 nya yg sedang berlaku depan mata. kwn aku ni (A) dah 4 thn buat phd. skrg dlm ‘writing stage’. alih2 aku dgr sedang dlm proses nak berpisah ngan husband (B). d sbbkn A dgn aku agak baik, tetiba aku rasa sebak, sedih sgt. besar sungguh ujian tuhan utk dia. aku kenal A, aku kenal B. dua2 insan ni pada aku amat baik orgnya. mmpunyai perwatakan yg menyenangkn. perkahwinan pun sudah mencecah 10 thn. kenapa nak bercerai? mula2 aku x paham jgk. bila C (sorang lg kwn) menceritakn ttg permasalahan mereka, aku pun mngangguk2kn kepala ala2 sesumpah, tanda paham. C mtk tlg aku pujuk A. kebetulan A & B nak dtg london dan tmpang tido rmh kami. sbb dah diamanahkn utk memujuk, aku pun memulakan ‘ayat power’ ku bila ada peluang keemasan. setakat hari ini, aku berjaya memujuk A utk bersabar sehingga pulang ke msia. aku jgk berjaya memujuk A utk berjumpa dgn pakar kaunseling keluarga dan memastikan B turut serta dlm sesi kaunseling tersebut. semoga A tidak menukar fikiran saat2 akhir. harap2 dan aku berdoa semoga mereka berjaya menempuh cabaran yg tuhan berikn. dan aku jgk berdoa agar rumahtangga mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat…amin…
pada aku, apa yg dpt aku rumuskn dr kisah mereka: 1) pentingnya komunikasi dlm rumahtangga. kl ada yg x puas hati dgn pasangan, pastikan kita suarakn ketidakpuasan itu. jgn pendam. sekurang2nya pasangan tahu yg kita x puas hati. 2) berubah mengikut kehendak pasangan. perubahan ke arah kebaikn la maksud aku. sbb tu aku dah suruh sopi beli treadmill, nak excercise, nak kuruskn badan, sopi pun dah bising tu…tp, kl sorang je yg nak berubah, sorang lg masih d takuk lama, tak guna jgk kan? perubahan mesti dr kedua2 belah pihak. 3) belajar menerima kelemahan pasangan. kl kita pun x perfect, x kn pasangan kita tu 100% perfect kan? 4) w/pun isteri berjwtn tinggi, bergaji besar, suami ttp kena kerja. sbb pd aku nature seorg lelaki perlu bekerja. dlm islam pun, nafkah terletak pd bahu suami. x pernah pulak aku dgr, kl isteri bergaji besar, tanggungjawab memberi nafkah bertukar tangan, dr suami kpd isteri. 5) jgn kedekut ngan ank isteri. kl kita boleh beli kasut harga 30 pound utk diri sendiri, x kan nk beli seluar ank pun nak berkira kan? kl kita boleh beli rokok, x kn nak beli gula2 utk ank kita nak berkira kn? kl kita mampu belanja kwn, x kn nak ajak ank isteri keluar mkn sekali-sekala pun x boleh kan? 6) suami kena la peka & pandai abk hati isteri. kl x, x guna la tuhan bg 9 akal. org pompuan ni ada 9 nafsu, emosi berbagai2. pada aku la kn, itu la pentingnya sentuhan. isteri ni kl merajuk, x payah nak beli emas berkoyan2. pegang tangan, buat lawak bodoh sikit2, ok la dia. yg x tahannya, kl isteri merajuk, suami buat derk je, ego sang lelaki la katakan. tu yg aku menyampah tu. masa awal2 kawin, sopi pun camtu jgk (he..he..maaf be), tp skrang ni dah ok. sbbnya aku ckp, aku x puas hati, tiap kali aku merajuk dia buat derk. jdnya skrang ni aku jarang la nak merajuk panjang2… kejap je la kl merajuk pun. dlm 10 minit. kl lelaki x suka pompuan merajuk, senang je, g kawin ngan bapuk, sbb kl dah nama pompuan x sah kl x merajuk, w/pun sikit. dah nama pun pompuan. pompuan tu pulak, kl suami dah mtk maaf, dah pujuk, x yah la nak mengada lebih2. 7) matlamat perkahwinan tu mesti jelas antara kedua2 pasangan, masalah akn berlaku kl matlamat dan falsafah hidup berbeza. sorang nak ini, sorang lagi nak itu. susah la kan. 8) dua2 mesti berusaha nak pertahankn perkahwinan, kl asyik 1 pihak je nak bertahan, 1 lg asyik mencabar kesabaran, payah lah nak memperbetulkan keadaan. 9) sabar…sabar…sabar…ingatkn tuhan, insyaallah tuhan ingat kita. bak kata ustaz, kita jaga tuhan, insyaallah tuhan jaga kita. aku rasa yg ni paling penting. sbb asas terhadap setiap perhubungan adalah keredhaan tuhan yg Esa.
aku yakin pasangan yg tuhan anugerahkn utk kita adalah yg terbaik. tuhan yg mencipta, Dia tahu hamba2nya, Dia tahu siapa utk siapa. sbg hamba yg dianugerahkn akal, kita yg mencorak kehidupan. nak baik kah? nak buruk kah? tepuk dada tanya selera (setengah org kata tanya iman, tp aku lebih suka guna pepatah lama, aku x suka mjadi tikus yg membaiki labu). semoga rumahtangga yg aku bina dgn sopi berkekalan hingga ke akhir hayat. andai diizinkn, ingin aku menjd bidadari syurga utk sopi (chewah!!!). dan andai ada badai yg dtg melanda, bahtera yg sedang belayar ini mampu dikemudikan oleh nakhoda yg bijaksana. sebagai ‘co-pilot’nya, aku cuba memberikn kerjasama yg terbaik, semoga nakhoda bahtera ini dpt melaksanakn tugas & tanggungjawabnya dgn sesempurna mungkin.